SHAH ALAM – Seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mutiara Smart Sdn. Bhd yang dulu dikenali sebagai MIMOS Smart Sdn. Bhd. didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerima suapan berjumlah RM20,000, tiga tahun lalu. Tertuduh, Azizul Fikri Ab. Rahman, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Mohd. Sabri Ismail. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah menerima suapan berjumlah RM20,000 daripada seorang…










