Bayi ditinggalkan di Hentian Lanchang dijaga rapi - Utusan Malaysia

Bayi ditinggalkan di Hentian Lanchang dijaga rapi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Bayi lelaki yang ditemui ditinggalkan di dalam tandas wanita di Hentian Lanchang, Temerloh menghala ke Kuala Lumpur awal pagi semalam, kini diletakkan di bawah pengawasan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang, Zulkhairi Zainol Abidin berkata, walaupun tidak mengalami sebarang kecederaan, bayi yang dipercayai baru dilahirkan itu tetap akan dirawat di hospital itu sehingga dia benar-benar sihat.

“Pihak JKM sendiri melawat bayi itu di hospital untuk melihat perkembangannya dan dia didapati dalam keadaan baik, tiada kecederaan di tubuh badannya. Bagaimanapun dia akan terus diletakkan di bawah pemantauan hospital sehingga disahkan sihat dan dibenarkan keluar dari hospital,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, selepas dibenarkan keluar dari hospital nanti, Pegawai Pelindung akan memohon perintah mahkamah bagi menempatkan sementara bayi berkenaan di institusi kebajikan selain akan turut menguruskan pendaftaran sijil kelahirannya.

Dalam kejadian sekitar pukul 5.00 pagi semalam, orang awam menemui bayi lelaki ditinggalkan di dalam sebuah tandas wanita di Hentian Lanchang, Temerloh, dalam keadaan bogel dan penuh dengan najis. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini