KUALA LUMPUR 1 Okt. – Masih bertali pusat, kelaparan dan terpaksa menahan kesejukan. Itu semua terpaksa dilalui seorang bayi lelaki apabila ditinggalkan di hadapan pintu sebuah rumah di Pinggiran Lembah Hijau 4, Bandar Tasik Puteri Rawang, dekat sini hari ini. Bayi yang tidak dapat dipastikan bangsa dan identiti itu ditemui dalam keadaan berbalut dengan tuala serta dialas jaket hitam selain kesan darah oleh seorang suri rumah kira-kira pukul 6 pagi.…










