Batik dominasi industri kraf - Utusan Malaysia

Batik dominasi industri kraf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 4 Okt. – Tekstil batik mendominasi industri kraftangan negara dengan menjana jualan sebanyak RM108 juta dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini.

Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan, Ibrahim Ismail berkata, jumlah keseluruhan jualan untuk industri kraftangan negara dalam tempoh tersebut ialah RM 142 juta.

Beliau berkata, pihaknya amat yakin nilai jualan tekstil batik itu akan terus melonjak ke tahap yang lebih tinggi menerusi pengiktirafan kualiti yang dilaksanakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jika kita lihat pencapaian industri kraf di negara ini, terdapat seramai 5,504 usahawan kraf berdaftar dan bergiat aktif dengan Kraftangan Malaysia sehingga Ogos lalu.

“Daripada jumlah tersebut, seramai 1,686 orang merupakan usahawan kraf tekstil yang mana seramai 666 orang adalah usahawan batik termasuk 89 usahawan batik yang lulus ujian kualiti yang diadakan,” katanya, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap sebelum menyampaikan Sijil Pematuhan Standard MS 692 Batik Malaysia kepada 11 usahawan di Pusat Inovasi Kraf Batik, Perbadanan Kemajuan Kraftangan cawangan negeri, di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Yang Dipertua Persatuan Pembatik Melayu Pantai Timur, Kamaroz Zaman Mohd. Salleh dan Pengarah Kraftangan negeri, Sohibul Azri Ahmad. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini