KUALA LUMPUR 31 Okt. – Pusat rawatan hemodialisis di sekitar Kuala Terengganu, Terengganu bakal memperoleh dana wakaf bernilai RM780,000 hasil daripada kerjasama yang telah dimeterai oleh Bank Rakyat dengan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam). Pengarah Urusan, Datuk Zulkiflee Abbas Abdul Hamid berkata, ia merupakan sebahagian daripada inisiatif projek myWakaf yang diterajui Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (Aibim) hasil usahasama dengan enam buah institusi perbankan Islam…