Banduan ‘sukarela’ kembali ke penjara - Utusan Malaysia

Banduan ‘sukarela’ kembali ke penjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PALU 9 Okt. – Ratusan tahanan yang melarikan diri ketika gempa dan tsunami melanda Palu pada hujung bulan lalu dilaporkan menyerah diri ke Pusat Tahanan Palu di sini tanpa sebarang paksaan.

Detik News melaporkan, ke­semua tahanan tersebut kembali ke pusat berkenaan selepas memastikan keadaan keluarga mereka akibat bencana yang berlaku.

Selain itu, pihak penjara juga menggesa mana-mana tahanan yang masih bebas supaya menyerahkan diri secara terus atau tidak langsung.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Pusat Tahanan Palu, Nanang R. berkata, sehingga hari ini, pusat tahanan tersebut sudah menerima ratusan tahanan dengan anggaran 130 hingga 140 tahanan menyerah diri setiap hari.

“Ada di antara tahanan yang kami tahan terus selepas menyerah diri dan ada juga yang kami berikan sedikit kelonggaran untuk membenarkan mereka membantu ahli keluar­ga yang terkorban.

“Rata-ratanya menyerah diri tanpa paksaan dan mengakui berasa lebih tenang selepas mengetahui keadaan sebenar keluarga masing-masing,” katanya.

Seorang daripada tahanan tersebut, Supriyadi membe­ritahu bahawa dia sedia untuk menyambung hukumannya selepas mengetahui keluar­ganya terselamat daripada bencana yang berlaku.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini