DALAM kesuraman arena badminton negara kebelakangan ini, peminat-peminat sukan raket tanah air sedikit terubat apabila bintang dalam pembikinan, Lee Zii Jia berjaya menjulang gelaran Terbuka Taiwan di Taipei Arena kelmarin. Bagaimanapun, Zii Jia merupakan seorang yang sangat bertimbang rasa apabila enggan terlalu ghairah meraikan kejayaan sulung dalam kariernya itu meskipun ia adalah gelaran ditunggu-tunggunya selama ini. Sebaliknya, pemain berusia 20 tahun itu menghormati situasi suram sukan badminton negara susulan kehilangan…










