KUALA LUMPUR 15 Okt. – Kumpulan berpendapatan isi rumah bawah RM2,000 terdedah kepada kemungkinan tidak mampu berdepan sebarang kejutan ekonomi atau kecemasan kerana baki perbelanjaan selepas mengambil kira kadar inflasi hanya berbaki RM76. Menurut laporan ‘Keadaan Isi Rumah 2018: Realiti Berbeza’ yang dikeluarkan oleh Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) hari ini, pada 2014, baki pendapatan isi rumah berpendapatan bawah RM2,000 selepas mengambil kira inflasi ialah RM124, berkurangan kepada RM76 pada 2016.…










