KUALA TERENGGANU 13 Okt.- Kerajaan Negeri berharap pembentangan Bajet 2019 oleh kerajaan Persekutuan tidak lama lagi akan mengambil kira pembangunan sukan Terengganu dalam usaha melahirkan lebih ramai pelapis dan jaguh sukan negara terutama dalam sukan lumba basikal. Menteri Besar, Dr. Ahmad Shamsuri Mokhtar berkata, ini termasuk mempercepatkan dana bagi pembinaan kemudahan sukan yang dicetuskan kerajaan terdahulu iaitu velodrom lumba basikal di Dungun yang dikatakan menelan kos kira-kira RM8 juta. “Dalam dua mesyuarat terdahulu bersama kerajaan persekutuan kita telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Belia dan Sukan bagi meneruskan pembinaan velodrom dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya