PETALING JAYA 26 Okt. – Peruncit kelengkapan rumah, Ikea Malaysia, berharap Bajet 2019 akan mesra perniagaan untuk membolehkan syarikat itu meneruskan pelan peluasannya di negara ini. Timbalan Pengarah Runcit Ikea bagi Asia Tenggara, Gerard Jansen berkata, belanjawan yang mendorong perniagaan turut akan mengupayakan pihaknya untuk terus mencari pendekatan harga lebih mampu milik bagi produk Ikea dalam usaha mewujudkan kehidupan seharian yang lebih baik bagi rakyat Malaysia. “Sudah pasti, dalam mana-mana perniagaan, kita juga perlu mempertimbangkan keuntungan, oleh itu sebarang langkah yang boleh membantu mengekalkan pertumbuhan kami amatlah dialu-alukan. “Justeru itu,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya