KUANTAN 18 Okt. – Kerajaan Pusat pimpinan Pakatan Harapan perlu memikirkan impak terhadap rakyat sebelum mengurangkan pelbagai perbelanjaan yang mungkin dilaksanakan dalam pembentangan Bajet 2019. Presiden Persatuan Anak Kelahiran Pahang (PAKP), Datuk Syed Mohamad Faiz Azemmant berkata, umum mengetahui rakyat sememangnya perlu bersedia bahawa tidak banyak insentif akan diumumkan pada pembentangan Bajet 2019, 2 November nanti. Bagaimanapun katanya, kerajaan perlu memberi penekanan terhadap kepentingan rakyat terutamanya golongan sederhana dan miskin…










