KUALA TERENGGANU 2 Okt. – Walaupun dianggap hampir pasti mengekalkan kedudukannya sebagai Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak bersikap terlalu yakin. Beliau yang telah mendahului pencabarnya, Rafizi Ramli dalam pemilihan parti itu di Pulau Pinang dan Johor menegaskan akan terus turun padang untuk bertemu dan memberi penjelasan kepada seluruh ahli agar perpaduan dalam parti tetap utuh. “Saya bukan over confident. Ini adalah pemilihan dalaman parti jadi, walau…










