KUALA LUMPUR 13 Okt. – Azizulhasni Awang tidak lagi akan menggunakan nama CIMB Pro-Cycling sebagai pasukan yang diwakilinya di peringkat antarabangsa bermula dalam kejohanan Siri 1 Piala Dunia Trek di Saint-Quentin-en-Yvelines, Perancis dari 19-21 Oktober ini. Sebaliknya pelumba profesional berusia 30 tahun dari Dungun, Terengganu itu akan berlumba atas nama pasukan kebangsaan Malaysia yang bernaung di bawah Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM). Presiden PKBM, Datuk Abu Samah Wahab yang mengesahkan…










