Aung San Suu Kyi dilucut kerakyatan kehormat Kanada - Utusan Malaysia

Aung San Suu Kyi dilucut kerakyatan kehormat Kanada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OTTAWA 3 Okt. – Pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi menjadi orang pertama yang dilucutkan warganegara kehormat Kanada kerana enggan menghentikan kekejaman tentera negaranya terhadap etnik minoriti Rohingya Islam.

Tindakan itu dibuat secara ras­mi selepas anggota Senat me­ngundi untuk membatalkan secara simbolik keistimewaannya itu. 

AUNG SAN SUU KYI
AUNG SAN SUU KYI 

Dewan Rakyat juga telah meluluskan usul itu berkuat kuasa minggu lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dewan Rakyat memberikan keistimewaan tersebut kepada Suu Kyi pada 2017 namun reputasinya tercalar berikutan keengganannya mendesak tentera Myanmar menamatkan kekejaman terhadap etnik Rohingya.

Penggubal undang-undang Ka­­­nada menggambarkan keganasan terhadap Rohingya sebagai pembunuhan beramai-ramai dalam resolusi yang diluluskan September lalu.

Sementara itu, Pakar Undang-Undang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah me­nyuarakan kebimbangan terhadap rancangan India untuk menghantar pulang tujuh Ro­hingya ke Myanmar.

Kesemua mereka ditahan di sebuah penjara di negeri Assam atas tuduhan memasuki India secara haram dan akan dihantar pulang hari ini, me­nurut pelapor Khas PBB berkaitan perkauman, Tendayi Achiume.

“Melihat identiti mereka, ini adalah penolakan terhadap hak untuk mendapatkan perlin­dungan dan boleh menjadi orang bu­angan,” kata profesor undang-undang itu dalam satu kenyataan.

Achiume berkata, New Delhi diwajibkan merujuk Rohingya di bawah jagaannya kepada agensi pelarian PBB untuk menilai keperluan perlindungan mereka. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini