Anwar sangkal dakwaan beliau tidak konsisten berdepan pengundi pelbagai kaum - Utusan Malaysia

Anwar sangkal dakwaan beliau tidak konsisten berdepan pengundi pelbagai kaum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyangkal sindiran Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa beliau tidak konsisten ketika berdepan pengundi pelbagai kaum dan agama bila berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, beliau tidak mahu mengulas lanjut berhubung kritikan Abdul Hadi itu namun menjelaskan bahawa Islam tidak menghalang untuk menghormati hak beragama masyarakat lain.

“Dahulu masa mereka (Pas) dalam Pakatan Rakyat saya pergi boleh pula, malah dalam majlis di dewan-dewan di kuil, ramai juga orang Pas yang hadir ikut saya. Oleh itu saya tidak mahu ulas atau jawab kenyataan Abdul Hadi kerana kebelakangan ini banyak pihak kritik saya, serang saya, jadi saya tak mahu jawab.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apa yang penting kita harus sedar bahawa dalam tradisi Islam, kita tidak menghalang untuk menghormati hak beragama, saya bukanlah hadir untuk bersembahyang di kuil, bukan juga hadir untuk mengiringi mereka bersembahyang di kuil, saya hadir dalam majlis kebudayaan di perkarangan kuil, jadi saya akan teruskan,” katanya.

Anwar bercakap dalam sidang akhbar di Bilik Gerakan Utama Pakatan Harapan (PH) bagi PRK Parlimen Port Dickson di sini. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini