PORT DICKSON 9 Okt. – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim layak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson walaupun ada pihak yang mempertikaikan kelayakannya. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun berkata, pihaknya menerima pencalonan Anwar berdasarkan pengampunan yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong kepada Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) itu. “Namun begitu, kami sedar tentang proses perundangan yang sedang berjalan di mahkamah ketika ini. “Terpulang…










