JOHOR BAHRU 21 Okt. – Jabatan dan agensi kerajaan diminta menganjurkan lebih banyak program bersama-sama pihak media bagi mengukuhkan kerjasama strategik dalam mempromosikan agensi masing-masing. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan negeri, Mohd. Khuzzan Abu Bakar berkata, hubungan erat antara kedua-dua pihak penting bagi memudahkan penyaluran maklumat yang tepat dan cepat kepada masyarakat. “Seperti program dilaksanakan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Selatan hari ini, banyak isu ingin diketengahkan terutamanya…










