Anggota bomba tetap bersemangat teruskan pencarian - Utusan Malaysia

Anggota bomba tetap bersemangat teruskan pencarian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Okt. – Kejadian maut yang mengorbankan enam anggota bomba malam tadi sedikit pun tidak melemahkan semangat pasukan mencari dan menyelamat meneruskan operasi.

Malah usaha itu turut diperkuatkan dengan skuad penyelam Pasukan Polis Marin (PPM) bagi menjejaki seorang remaja berusia 17 tahun yang hilang di kawasan lombong di Taman Putra Perdana, Puchong dekat sini malam tadi.

Namun, hujan lebat yang turun pada tengah hari tadi telah menyebabkan paras air meningkat sementara arus bertambah deras.

Memuatkan artikel berkaitan…
ANGGOTA Polis Marin meneruskan usaha mencari remaja berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang di kawas
ANGGOTA Polis Marin meneruskan usaha mencari remaja berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang di kawasan lombong di Taman Putra Perdana hari ini. – UTUSAN ONLINE

Operasi mencari dan menyelamat dihentikan pada pukul 12.45 tengah hari tadi kerana hujan lebat sebelum disambung semula pada pukul 2.30 petang.

Kawasan pencarian juga mula dipenuhi penduduk setempat yang ingin mengikuti operasi pencarian dengan lebih dekat lagi.

PASUKAN Polis Marin meneruskan usaha mencari remaja berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang di kawasan lombong di Taman Putra Perdana hari ini. – UTUSAN ONLINE

Sebanyak enam anggota Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) Selangor maut selepas termasuk ke dalam pusaran air yang sangat deras akibat hujan lebat ketika menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini