Anggota bomba lemas: Allahyarham Yahya sempat mohon restu ibu sebelum operasi - Utusan Malaysia

Anggota bomba lemas: Allahyarham Yahya sempat mohon restu ibu sebelum operasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING – Allahyarham Yahya Ali, 24, anggota bomba yang lemas sempat menghubungi ibunya untuk memohon restu bagi menjalankan misi mencari dan menyelamat di lombong Taman Perdana Putra, Puchong malam tadi.

Beliau menghubungi ibunya, Halimah Geronggong, 42, di Kampung Tian, Matu sebelum memulakan operasi berkenaan.

Halimah berkata, anak sulungnya itu bertanyakan khabar, namun perbualan itu tidak lama kerana Allahyarham mahu menyambung tugasnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dia berjanji akan menelefon kembali selepas tugasannya selesai.

“Dia memang selalu menghubungi saya untuk bertanya khabar saya dan bapanya tetapi perbualan itu tidak lama kerana saya sedang memasak di dapur,” katanya.

Halimah memberitahu, dia kemudiannya menunggu panggilan Allahyarham namun dikejutkan dengan berita pemergian anaknya itu pada pukul 12.30 tengah malam.

Yahya bertugas sebagai anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang, Selangor.

Katanya, Allahyarham memang bercita-cita menjadi anggota bomba kerana mahu membantu masyarakat selain kagum dengan kerjaya berkenaan.

“Saya menerima pemergian ini dengan tenang dan bersedih kerana dialah harapan kami sekeluarga,” ujarnya.

Jelasnya, kali terakhir dia berjumpa Yahya adalah pada 21 Julai lalu ketika Allahyarham pulang menghadiri perkahwinan saudaranya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini