PUTRAJAYA 10 Okt.- Anak perempuan kepada Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi iaitu Datuk Nurul Hidayah Ahmad Zahid dilihat keluar dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Nurul Hidayah dilihat keluar pada pukul 4.53 petang dan kemudian menaiki kenderaannya berwarna hitam. Selain Ahmad Zahid, beliau juga dipercayai dipanggil beri keterangan kepada SPRM. Bagaimanapun, Nurul Hidayah menjelaskan kehadirannya adalah untuk menemani bapanya. “Saya hadir untuk menemani…










