Anak orang kaya tabur duit - Utusan Malaysia

Anak orang kaya tabur duit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW 13 Okt. – Seorang ‘anak orang kaya’ mencetuskan kemarahan selepas dia bertindak mencampak wang kertas dari tingkap limousin miliknya dan mempersendakan orang ramai yang berebut-rebut mengambil wang berkenaan.

Imej rakaman melalui media sosial menunjukkan seorang lelaki bertindak mencampak duit di laluan pejalan kaki. – AGENSI

Lapor Mail Online, tindakan itu dimuat naik oleh dirinya sendiri di laman media sosial.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain itu, individu tersebut turut memuat naik satu lagi video yang menunjukkan dia cuba menggunakan wang kertas sebagai pelapik bagi menarik keluar kereta Mercedes S500 Coupe yang tersangkut pada pasir pantai.

“Saya tiba-tiba berpendapat wang adalah satu benda yang tidak berguna. Ini hanyalah sekeping kertas.

“Kamu menghabiskan sepanjang hidup untuk me­ningkatkan jumlah wang dalam akaun. Saya sedang memegang duit sebanyak 570 pounds (RM3,113), sama jumlah dengan nilai gaji bulanan yang baik di St. Petersburg,” katanya dalam video pertama.

Dia kemudiannya mencampak wang kertas tersebut dari tingkap keretanya dan orang ramai yang berada di sekitar kawasan berkenaan mulai berebut-rebut mengambil wang itu.

Dalam video kedua, lelaki itu menyuruh dua model wa­nita untuk meletakkan wang kertas di bawah tayar kereta­nya yang tersangkut pada pasir pantai.

Selepas dia berjaya ‘menyelamatkan’ keretanya, lelaki itu kemudiannya meninggalkan dua wanita terbabit.

Seorang pengguna internet menyifatkan video lelaki itu adalah ‘menjijikkan’ dan me­nunjukkan sikap tidak bermo­ral ‘anak-anak yang dimanjakan dan tidak perlu bekerja seumur hidup mereka’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini