Amaran angin kencang, laut bergelora di enam negeri sehingga Jumaat - Utusan Malaysia

Amaran angin kencang, laut bergelora di enam negeri sehingga Jumaat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak dan Barat Sabah bermula esok hingga Jumaat ini (2 November).

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, keadaan itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur dan Sarawak juga terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut yang dijangka berlaku dalam tempoh sama.

Sementara itu, keadaan angin kencang Timur Laut dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter juga dijangka berlaku di kawasan perairan selatan Samui, Tioman, Bunguran, Condore, Reef South, Reef North, Layang-layang, Labuan dan Palawan

Keadaan itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut, kata kenyataan itu. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN