ALOR SETAR – Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) Kedah merampas 68 tan metrik beras hancur bernilai RM200,000 yang dipercayai diseludup dari Thailand selepas menahan dua buah treler di pekan Pokok Sena dekat sini semalam. Komander Aksem Kedah, Abd. Latif Abdul Rahman berkata, dua buah treler yang masing-masing membawa 34 guni beras seberat satu tan metrik bagi setiap guni ditahan anggota risik Aksem ketika dalam perjalanan dari arah Kota Putra, Durian…










