KALAULAH Cameron Highlands ibarat sekujur tubuh manusia sudah pasti, insan itu sedang menghadapi pelbagai penyakit dan menanti masa untuk meninggalkan alam fana ini, tetapi Cameron Highlands bukan tubuh manusia sebaliknya adalah alam semula jadi anugerah Allah SWT kepada bumi Malaysia. Kawasan tanah tinggi yang diteroka oleh seorang pengembara Britain, William Cameron akhirnya menjadi satu destinasi pelancongan cukup terkenal kerana udara sejuk, tetapi sekarang Cameron Highlands bagaikan sudah hilang kesejukan. Apa…










