PUTRAJAYA 13 Okt. – Hanya Tabung Bencana Gempa Bumi dan Tsunami Sulawesi yang menggunakan akaun bank Bank Muamalat (16010000882-71-8) adalah benar, jika terdapat akaun lain, itu adalah palsu. Perkara itu dimaklumkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan di sini hari ini. Maklumat sebenar berkaitan Tabung Bencana Gempa Bumi dan Tsunami Sulawesi yang dikeluarkan oleh Nadma adalah, cek sumbangan mesti ditulis atas nama Ketua Pengarah…









