Ajinomoto lancar kempen Campur, Campur Siap - Utusan Malaysia

Ajinomoto lancar kempen Campur, Campur Siap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ajinomoto (Malaysia) Berhad melancarkan Kempen ‘Campur, Campur, Siap!’ bertujuan untuk memupuk sikap mementingkan pengambilan sayur-sayuran yang mencukupi dalam diet harian sehingga menjadi satu kebiasaan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Kata kenyataan Ajinomoto, melalui kaji selidik Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2017, 23 daripada 25 orang remaja di Malaysia tidak mengamalkan pengambilan sayur-sayuran yang mencukupi dalam diet harian mereka.

“Hal ini disebabkan oleh tabiat pemakanan yang kurang sihat yang sering diamalkan oleh rakyat Malaysia iaitu tidak mementingkan pengambilan sayur-sayuran dalam kuantiti yang sepatutnya,” jelas kenyataan itu. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Disebabkan itu, Ajinomoto mengadakan kempen Campur, Campur Siap untuk memudahkan orang ramai memasak pelbagai jenis sayur dengan sedap dan mudah.

Kata kenyataan itu, resipi masakan berasaskan sayur-sayuran yang mudah, cepat, berkhasiat dan lazat iaitu ‘sayur labu campur’ telah dikongsikan kepada orang ramai terutamanya suri rumah muda agar mereka dapat menyediakan makanan yang sihat untuk keluarga mereka dalam kempen yang dibuat.

Kempen yang berlangsung selama tiga bulan ini bermula dari bulan Ogos hingga Oktober 2018. 

Ajinomoto turut menyatakan, sepanjang kempen itu trak mudah alih Ajinomoto turut diletakkan di sekitar Lembah Klang bermula 8 September hingga 19 Oktober 2018 yang meliputi kawasan pejabat, kawasan perumahan dan pasar raya yang berdekatan.

“Orang ramai juga boleh memenangi hadiah-hadiah yang disediakan dengan cara memuat naik gambar dengan kapsyen #CatchAjiTruck atau menonton siaran langsung demonstrasi memasak Sayur Labu Campur oleh selebriti Yana Samsudin di akaun Facebook Ajinomoto Malaysia dan saluran YouTube MYAJINOMOTO. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini