Aishah terkedu tanah lot kecil - Utusan Malaysia

Aishah terkedu tanah lot kecil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bekas juara program Gegar Vaganza musim keempat (GV4), Aishah sekali lagi meluahkan rasa terkilan selepas hadiah sebidang tanah lot banglo yang dijanjikan ketika kemenangan setelah berjaya menjuarai program realiti itu pada tahun lepas bersaiz lebih kecil.

Menurut Aishah ketika dihubungi Kosmo! Online tadi, sepatutnya saiz sebidang tanah lot banglo dalam anggaran ukuran 37,500 kaki persegi, namun pelantun lagu Janji Manismu itu hanya mendapat tanah berukuran 26,000 kaki persegi.

“Saya masih belum menerima hadiah lot tanah itu kerana pihak Bina Megah Empire meminta tangguh lagi. Sudahlah tangguh, tanah lot yang diberikan bukan tanah lot banglo tetapi tanah yang lebih kecil.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Minimum saiz untuk sebidang tanah lot banglo biasanya berukuran 37,500 kaki persegi, tetapi katanya mereka ingin berikan saiz 26,000 kaki persegi sahaja,” katanya.

Tambah Aishah, di atas permintaan penaja, pihaknya memberi sedikit masa penangguhan sehingga hujung bulan Januari tahun hadapan untuk menyelesaikan masalah ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini