IPOH 1 Okt. – Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Berhad (AirAsia) memperkenalkan laluan baharu dari Johor Bahru ke Ipoh bermula hari ini dengan penerbangan empat kali seminggu. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Riad Asmat berkata, pelancaran terbaharu itu menjadikan bandar raya ini sebagai laluan domestik ke-16 dari hab Johor Bahru dan ke-17 bagi laluan domestik negara. Katanya, perkhidmatan penerbangan terus ke Ipoh itu amat dinantikan dalam rangkaian laluan AirAsia dan merupakan usaha…










