SHAH ALAM – Tiada kawasan di sekitar Klang dilanda banjir berikutan fenomena air pasang besar yang berlaku kira-kira 6.30 pagi tadi. Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor, Alimaddia Bukri berkata pemantauan di kawasan-kawasan berisiko tinggi dinaiki air mendapati tiada limpahan air laut melepasi ban dan keadaan adalah terkawal. “Seramai 91 anggota keselamatan terdiri daripada JBPM, Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam…










