PUTRAJAYA – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selesai memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pukul 7.35 malam tadi. Ahmad Zahid dipercayai hadir memberi keterangan berhubung dakwaan penyelewengan dana membabitkan yayasan milik keluarganya iaitu Yayasan Akal Budi. Terdahulu beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk hadir bagi memberikan keterangan kepada SPRM untuk kali kelima. Ahmad Zahid yang memakai baju berwarna putih tiba di ibu pejabat SPRM di sini…










