KUALA LUMPUR 8 Okt. – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersedia untuk disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu ini. Menurut sumber rasmi UMNO, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu telah menerima waran daripada SPRM supaya hadir ke pejabat agensi tersebut, minggu lalu. “Betul, SPRM telah menyerahkan waran untuk siasat Datuk Seri Rabu ini. “Waran itu dikeluarkan pada minggu lalu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia…










