Ahmad Sabri Ketua Cabang PKR Marang yang baharu - Utusan Malaysia

Ahmad Sabri Ketua Cabang PKR Marang yang baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG 5 Okt.- Alias Yusof gagal mempertahankan jawatan Ketua Cabang PKR Marang apabila tewas kepada Ahmad Sabri Ali dalam pemilihan parti itu di Rusila, dekat sini sini hari ini.

Ahmad Sabri yang merupakan calon PKR bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Limbat dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) menang dengàn majoriti 48 undi.

Alias mendapat 33 undi manakala Ahmad Sabri sebanyak 81 undi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagi jawatan Timbalan Ketua pula, Ahmad Nafis Mohd Fahmi yang mendapat 77 undi menang dengan majoriti 47 undi setelah menewaskan pencabàrnya, Mohd Sudzli Sulong yang memperoleh 30 undi.

Ketua Angkata Muda (AMK) Cabang Marang , Mohd Ajwab Mohamad Yusof pula menang bagi jawatan Naib Ketua apabila menewaskan Mohd Hishamuddin Talib dengan majoriti 54 undi.

Mohd Ajwab pada masa sama turut berjaya mempertahankan jawatan Ketua AMK dengan memperoleh 82 undi manakala Mohd Hishamuddin mendapat 28 undi.

Tujuh Ahli Jawatankuasa yang diumumkan menang tanpa bertanding pula ialah Ng Yee Beng, Sollah Daud, Zaira Roslin Md Zainuddin, Mohd Kasimi Musharàh, Zamri Yahya, Abdul Rais Mudà dan Md Asyraf Zulfadly Md Zainuddin.

Pengumuman bagi empat jawatan ini dibuat oleh Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin di sini lewat petang ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini