KUALA LUMPUR – Seorang Ahli Parlimen merupakan antara lapan individu yang dikenakan notis kompaun ekoran perbuatan merokok di dalam bangunan Parlimen di sini kelmarin.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, tindakan itu diambil susulan pengisytiharan kerajaan menetapkan sudut merokok dan kafeteria di dalam bangunan Parlimen merupakan kawasan larangan merokok bermula kelmarin.
“Pagi ini (semalam) kita mula operasi penutupan ruang legar udara (kawasan terbuka) di Parlimen berdasarkan tindakan di bawah Peraturan 11 Kawalan Hasil Tembakau di Parlimen.
“Semalam (Isnin) kita keluar lapan notis kesalahan dalam ruang legar Parlimen, kita komited dalam memastikan Parlimen bebas daripada asap rokok,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










