Adnan sempat hubungi isteri sebelum operasi menyelamat - Utusan Malaysia

Adnan sempat hubungi isteri sebelum operasi menyelamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON 4 Okt. – Balu kepada salah seorang anggota bomba yang lemas dalam operasi menyelamat di Puchong, Selangor malam tadi reda dengan pemergian suaminya, Adnan Othman walaupun masih terkejut dengan kejadian tersebut.

Norshamiza Salleh, 32,  berkata, kejadian itu hanya diketahui kira-kira pukul 10.30 malam tadi  selepas dihubungi rakan setugas Allahyarham.

“Suami saya memulakan tugas pada pukul 8 pagi dan sepatutnya habis pada pukul 8 malam, tetapi suami ada menghubungi saya pada pukul 7 malam dan beritahu ada operasi di Cyberjaya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bila kawan suami menghubungi saya dan memberitahu ada masalah ketika operasi tersebut saya sebagai isteri mula rasa tidak sedap hati. Saya tak tahu nak cakap apa dan kejadian sudah berlaku. Saya terima pemergian suami dalam keadaan baik,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Jaya, Lukut di sini, hari ni.

Allahyarham turut meninggalkan dua anak perempuan iaitu Aisyah Damia, 5, dan Alia Maisarah, 2. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini