PORT DICKSON 4 Okt. – Balu kepada salah seorang anggota bomba yang lemas dalam operasi menyelamat di Puchong, Selangor malam tadi reda dengan pemergian suaminya, Adnan Othman walaupun masih terkejut dengan kejadian tersebut. Norshamiza Salleh, 32, berkata, kejadian itu hanya diketahui kira-kira pukul 10.30 malam tadi selepas dihubungi rakan setugas Allahyarham. “Suami saya memulakan tugas pada pukul 8 pagi dan sepatutnya habis pada pukul 8 malam, tetapi suami ada menghubungi…










