PUTRAJAYA 2 Okt. – Kementerian Pembangunan Usahawan hari ini melancarkan Pusat Sehenti Keusahawanan (PSK) bagi memudahkan usahawan dan orang awam mendapatkan maklumat berkaitan pembangunan keusahawanan. Menterinya, Mohd. Redzuan Md. Yusof berkata, pusat sehenti itu diwujudkan melalui dua konsep iaitu talian bebas tol dan pejabat di setiap negeri yang dikendalikan oleh agensi-agensi di bawah kementerian tersebut. “PSK juga akan bertindak sebagai penerima aduan berkaitan perniagaan. Aduan yang diterima akan diserahkan kepada…










