ACCA lancar kempen i-Ikrar dalam talian - Utusan Malaysia

ACCA lancar kempen i-Ikrar dalam talian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Okt. – Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) Malaysia menganjurkan kempen i-Ikrar ‘Lakukan perkara yang betul’ yang bermula hari ini sehingga 16 November bagi memupuk kesedaran serta menggalakkan amalan terbaik dalam kalangan rakyat Malaysia.

Pengerusi Jawatankuasa Penasihat ACCA Malaysia, Datuk Merina Abu Tahir berkata, kempen tersebut diadakan sempena sambutan Hari Etika Global 2018.

Kata beliau, ACCA Malaysia akan mengadakan pelbagai siri aktiviti interaktif dengan memberi fokus kepada penciptaan dan membina kesedaran terhadap amalan yang beretika.

“Kami menyasarkan untuk memperoleh 5,000 i-Ikrar dalam tempoh sebulan daripada kalangan para pelajar ACCA, ahli-ahli sekutu, rakan perniagaan dan rakyat Malaysia. Ikrar boleh dibuat di laman web www.accaethicspledge.com.

“Kami akan mempromosikan kempen ini secara dalam talian, media sosial serta pertemuan semasa lawatan organisasi, acara dan mesyuarat.

Kami berharap usaha ini dapat menggalakkan rakan sekerja, kenalan, pihak berkepentingan dan keluarga untuk mengamalkan amalan beretika dalam kehidupan seharian,” katanya dalam majlis pelancaran kempen i-Ikrar ‘Lakukan perkara yang betul’ di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN