JOHOR BAHRU 1 Okt. – Kebergantungan terhadap pekerja asing khususnya dalam sektor pembinaan bukan sahaja merugikan negara, malah menyebabkan banyak peluang pekerjaan dimonopoli golongan berkenaan. Suatu ketika dahulu, sektor pembinaan yang sinonim dengan 3D, iaitu dirty, difficult and dangerous (kotor, sukar dan bahaya) kurang diminati dan diberi pendedahan kepada pelajar lepasan sekolah menengah dan golongan belia, namun kini semuanya telah berubah. Ini kerana kerajaan telah mengambil pelbagai langkah proaktif bagi…










