Menyebut sepotong nama Bruce Lee, fikiran akan pantas merakam bentuk figura seorang lelaki yang begitu cekap dengan aksi mempertahankan diri. Pada sekitar tahun 1970-an, Bruce menjadi seorang aktor berbangsa Cina yang menyerlah, sekali gus menguasai pasaran hiburan Hollywood kerana kepakarannya dalam seni mempertahankan diri kung fu yang dikomersialkan dalam bidang seni. Sayangnya, beliau meninggal dunia pada usia yang muda iaitu 20 Julai 1973 sewaktu berumur 32 tahun. Banyak filem-filem lakonan…










