579 aduan pencatutan berkaitan SST diterima sejak pelaksanaan - Utusan Malaysia

579 aduan pencatutan berkaitan SST diterima sejak pelaksanaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING – Sebanyak 579 aduan pencatutan berkaitan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) diterima Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sehingga semalam sejak cukai itu dilaksanakan 1 September lepas.

Ketua Unit Antipencatutan Bahagian Penguatkuasaan KPDNHEP Putrajaya, Ab Hafidz Ab Rahim berkata, dalam tempoh sama sebanyak 16,310 premis dan 404,519 barangan diperiksa untuk mengelak peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barangan.

“Operasi Catut 5.0 Fasa II menyaksikan pelbagai aduan diterima terutama berhubung kenaikan harga, hasil pemeriksaan daripada aduan tersebut sebanyak 146 notis mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 telah dikeluarkan.

“Berdasarkan pemantauan memang dilihat ada perubahan harga, ada naik dan ada yang turun tetapi ini dalam kawalan, KPDNHEP akan bertindak tegas terhadap peniaga yang sengaja mengambil keuntungan tidak munasabah dengan menaikkan harga barang kesan SST ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat SST di Auditorium P Ramlee, RTM di sini hari ini. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN