TANJUNG MALIM – Lima penumpang cedera selepas tren komuter yang baru mahu memulakan perjalanan dari Stesen Tanjung Malim ke Stesen Pelabuhan Klang, Selangor bertembung dengan tren kargo di stesen berkenaan di sini awal pagi semalam. Kejadian yang berlaku pada pukul 6.02 pagi itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kematian. Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam satu kenyataan menjelaskan, tren kargo dengan muatan 30 gerabak itu dalam perjalanan dari Stesen Jalan Kastam,…










