4 beranak mati lemas bersama - Utusan Malaysia

4 beranak mati lemas bersama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Empat beranak dari Sungai Petani, Kedah menemui ajal bersama apabila mati lemas di Sungai Arau dekat sini selepas kesemuanya dilaporkan hilang semalam.

Ketua Polis Perlis, Se­nior Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd. berkata, keempat-empat mangsa iaitu Baharom Ahmad, 66, dan isterinya, Norman Pin, 64; serta dua anak mereka iaitu Norzalina, 35, ditemui lemas antara pukul 9 pagi dan 1 tengah hari manakala anak sulung mereka, Mohd. Zali, 37, masih belum ditemui.

Ujar Noor Mushar, pihaknya menemui dua mayat wanita iaitu Norma yang hanyut di Sungai Tambun Tulang dan Norzalina di dalam Sungai Arau.

“Mayat Baharom kemudian ditemui pukul 1 tengah hari di tali air Kampung Che Ok beberapa kilometer dari tempat anak pe­rempuannya ditemui. Anak lelaki sulungnya masih belum ditemui,” katanya sambil menambah tiada kesan kecederaan yang membawa kepada unsur jenayah.

“Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Bagaimanapun, siasatan terperinci masih dijalankan. Mayat itu dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk dibedah siasat,” katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN