380 beg tiruan berjenama dirampas - Utusan Malaysia

380 beg tiruan berjenama dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT 17 Okt. – Sebanyak 380 beg termasuk beg tangan wanita yang dipercayai tiruan dirampas penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PPDNHEP) Cawangan Batu Pahat, Khamis lalu.

Serbuan di empat premis bersama-sama pemilik cap dagangan itu berjaya menemukan 197 beg jenama Long Champ dan 162 bonia serta 21 berjenama Carlo Rino yang dijual pada harga lebih murah daripada barangan tulen.

Ketua Cawangan PPDNHEP Batu Pahat, Nor Azmi Lamisza berkata, tiga suspek berusia dalam lingkungan 30-an termasuk seorang wanita ditahan untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan lanjut.

“Nilai rampasan dianggarkan RM20,000 dan kes disiasat di bawah Seksyen 8(2)(b) Akta Perihal Dagangan 2011, iaitu membekal atau menawarkan barangan yang menggunakan suatu perihal dagangan palsu,” katanya pada sidang akhbar di sini, sebentar tadi.

Seramai 16 penguat kuasa PPDNHEP Batu Pahat menyertai operasi itu yang diadakan serentak di keempat-empat premis tersebut di sebuah kompleks beli-belah di daerah ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN