34 bungkusan mayat, serpihan pesawat - Utusan Malaysia

34 bungkusan mayat, serpihan pesawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 30 Okt. – Pasukan mencari dan menyelamat te­lah berjaya mengumpulkan 34 bungkusan mayat mangsa Lion Air JT610 dan juga serpihan pesawat.

Yang terbaharu adalah dua bungkusan berisi mayat akan diserahkan kepada pasukan Siasatan Mangsa Bencana (DVI) Polis Republik Indonesia (Polri).

Menurut Pengarah Kesiapsiagaan Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas), Didi Hamzar, semua 24 bungkusan telah diserahkan kepada DVI Polri, lapor portal Detik News.

Beliau berkata, dua lagi bungkusan berisi mayat masih berada di Kapal Batu Dewa dan Kapal Baruna Jaya.

Terdahulu Ketua Basarnas, Muhammad Syaugi berkata, sehingga malam tadi pihaknya telah melakukan pemindahan terutama membabitkan mayat mangsa.

“Kami sudah mengumpulkan 10 bungkusan berisi mayat manakala 14 bungkusan lagi mengandungi serpihan kecil pesawat,’’ katanya di dermaga JICT 2, Pelabuhan Tanjung Priok, Jakarta Utara.

Namun, beliau tidak menjelaskan sama ada mayat mangsa ditemukan dalam keadaah sempurna atau sebaliknya.

Beliau hanya memberitahu, kesemua beg berisi mayat telah diserahkan kepada hospital Polri.

“Semua yang ada di permukaan laut telah kita ambil dan kumpul di sini dan 10 lagi beg sejak malam tadi telah kita serahkan kepada Hospital Polri Kramat Jati untuk dikenal pasti,’’ katanya.

Jumlah beg mangsa tragedi pesawat berkenaan yang dihantar ke hospital Polri semakin bertambah dan pihak terbabit akan beroperasi 24 jam untuk menunggu penghantaran beg terbabit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN