30 kenderaan musnah, bengkel terbakar - Utusan Malaysia

30 kenderaan musnah, bengkel terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 2 Okt. – Sebanyak 30 kenderaan di sebuah bengkel musnah dalam kebakaran di Taman Perusahaan Cendering di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, kenderaan yang musnah antaranya pacuan empat roda, kenderaan pelbagai guna (MPV) dan kereta.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Zon 1 Terengganu, Penguasa Kanan Bomba Wan Azmi Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 3.40 petang dan seramai 34 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Marang serta Jalan Bandar dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya, bomba berdepan kesukaran untuk memasuki premis tersebut berikutan asap tebal akibat tayar yang terbakar.

“Beberapa letupan turut didengari dari dalam premis terbakar.

“Bomba juga mengarahkan pekerja dan orang ramai agar tidak menghampiri premis kerana bimbang berlaku pencemaran bahan kimia,” katanya kepada pemberita hari ini.

Api berjaya dikawal setengah jam kemudian.

Menurut Wan Azmi, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN