PORT DICKSON 12 Okt. – Tiga kawasan panas dikenal pasti oleh polis dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson esok berdasarkan rekod lima tahun lepas. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, kawasan tersebut ialah Bukit Pelanduk, Kuala Lukut dan Linggi. “Kita mengklasifikasikan lokasi tersebut sebagai kawasan panas berdasarkan kajian lima tahun lalu. “Bagaimanapun sejak kebelakangan ini, laporan kes melibatkan lokasi tersebut sudah berkurangan. Pihak polis…










