280 mangsa banjir di Perak - Utusan Malaysia

280 mangsa banjir di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 25 Okt. – Seramai 280 penduduk masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan di dua daerah akibat banjir di negeri ini, meningkat berbanding 221 orang semalam.

Menurut kenyataan Sekretariat Pengurusan Bencana negeri, setakat pukul 4 petang ini, daerah Hilir Perak mencatat bilangan mangsa banjir paling tinggi iaitu 233 orang daripada 76 keluarga.

Mangsa merupakan penduduk dari Kampung Batu 9, Changkat Jong yang kini ditempatkan Sekolah Kebangsaan Changkat Jong.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa yang ditempatkan di SK Changkat Jong terdiri daripada 62 keluarga iaitu 53 lelaki, 70 perempuan dan 110 kanak-kanak,” katanya.

Menurut kenyataan tersebut, seramai 47 orang ditempatkan di dua pusat pemindahan di daerah Larut, Matang dan Selama iaitu di Sekolah Kebangsaan Temerlok, Trong dan Dewan Orang Ramai Kampung Matang Gelugor.

Mangsa yang terdiri daripada 14 keluarga adalah penduduk dari Kampung Temerlok, Kampung Tengah, Kampung Tebok dan Kampung Matang Pasir,” katanya.

Sementara itu, pusat pemindahan di Daerah Kampar iaitu Dewan Orang Ramai Tebing Tinggi dan Dewan Datuk Azman Mahalan ditutup pada pukul 2.40 petang setelah banjir surut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini