280 ditahan terlibat aktiviti judi haram, sepanjang September lalu - Utusan Malaysia

280 ditahan terlibat aktiviti judi haram, sepanjang September lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING 1 Okt. – Polis Sarawak berjaya menahan 280 individu disyaki terlibat dalam aktiviti judi haram dalam 224 serbuan yang dijalankan sepanjang bulan lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Senior Asisten Komisioner Denis Leong Soon Kuai berkata, serbuan tersebut melibatkan 165 premis menjual nombor loteri haram, premis judi dalam talian (54), berjudi di tempat awam (tiga) dan masing-masing satu serbuan melibatkan judi dalam rumah serta pertaruhan.

Katanya, serbuan itu dijalankan di daerah Kuching, Padawan, Sibu, Miri, Bintulu, Kota Samarahan, Bau, Betong, Limbang, Maradong, Kanowit, Marudi, Julau, Serian, Sarikei, Kapit, Mukah, Saratok, Sri Aman, Lundu, Lawas, Dalat, dan Song.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita berjaya merampas wang tunai berjumlah RM52,889 daripada serbuan dijalankan yang disyaki hasil daripada judi haram.

“Polis juga merampas sebanyak 74 unit telefon dan tablet yang dipercayai digunakan untuk menjalankan kegiatan berkenaan,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini sebentar tadi.

Tambahnya, polis juga menjalinkan kerjasama dengan pihak Sarawak Energy Berhad (SEB) untuk memotong bekalan elektrik di premis yang terlibat dengan kegiatan itu.

“Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu jika didapati terlibat dalam aktiviti judi haram

“Kesemua yang ditahan disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” jelasnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini