MERIAH. Seramai 20 pelajar Kolej Komuniti seluruh Malaysia yang terdiri daripada barisan kepimpinan Pembimbing Rakan Inspirasi Siswa Kebangsaan dan wakil Jawatankuasa Perwakilan Pelajar menyertai Program Eksplorasi Kebudayaan dan Warisan Antarabangsa Malaysia–Indonesia 2018 di Banda Aceh, Indonesia baru-baru ini. Program yang berlangsung selama lima hari itu dipenuhi dengan variasi pengisian ilmiah seperti perkongsian ilmu bersama Universiti Islam Negeri Ar-Raniry dan Universiti Syiah Kuala. Turut diadakan ialah kembara rohani peninggalan bencana Tsunami…










