JOHOR BAHRU 25 Okt. – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menahan dua lelaki tempatan dan merampas 450 kotak mengandungi 10,800 tin minuman keras yang diseludup masuk dari negara jiran dalam serbuan di sebuah premis di Kawasan Perindustrian Kulai, dekat Kulai malam tadi. Komandernya, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, kedua-dua lelaki berusia 24 dan 37 tahun itu ditahan dalam serbuan pukul 7.30 malam. “Pemeriksaan lanjut keatas kedua-dua buah…










